Rahmat-Mu Maha Luas


Ya Allah ya Tuhanku,

Bagaimanapun aku membesarkan Engkau dengan sepenuh hati, namun tidak akan dapat aku lakukan sepadan dengan kesempurnaan Engkau

Terlalu kecil yang dapat aku lakukan dibandingkan dengan keagunganMu

Maafkan aku Tuhan!

Bagaimanapun aku mengabdikan diri dengan sepenuh hatiku kepada Engkau

Namun tidak mungkin aku dapat berbuat dengan sempurna selayaknya Engkau sebagai Tuhan

Ya Allah ampunkanlah aku kelemahan ini

Sekalipun aku memuji Engkau sebanyak-banyaknya, takkan mampu aku memuji Engkau sebagaimana sepatutnya dengan dibandingkan tidak terhingganya rahmat dan nikmat Engkau

Begitulah aku hambaMu yang lemah ini

Aku cuba mencintaiMu sepenuh hati

Namun tidak sepadan juga dengan kecintaanMu dan kasih sayangMu terhadp makhluk-makhlukMu

Maafkan aku Tuhan

Kalaupun aku menakutiMu sepenuh perasaanku Namun tidak akan sepadan juga dengan keagungan dan kehebatanMu

Lemah aku dapat merasakan, ampunkan aku Tuhan

Jika aku mensucikan Engkau pagi dan petang

Namun tidak mampu aku melakukannya dengan Engkau

Setidak-tidaknya syirik khafi berlaku juga kepadaku

Ampunkan aku Tuhan

Begitulah pengaduan aku kepadaMu Tuhan

Sungguh lemah sekali hambaMu ini

Melakukan yang sepatutnya untukMu

Aku memohon dengan rahmatMu

Kekurangan ini maafkan aku

Setakat yang dapat aku buat, ini sajalah yang termampu olehku

RahmatMu Maha luas, ampunkanlah aku.

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi